10 May 2007

Kenali PSS SK Bandar Baru Putera

Perpustakaan SK Bandar Baru Putera merupakan sebuah pusat sumber yang baru beroperasi. Pusat sumber ini telah mula beroperasi pada tahun 2002. Perpustakaan ini terletak di blok utama sekolah ini diaras 3 dengan keluasan kira - kira 3 buah kelas biasa termasuk bilik tayangan.

Koleksi buku - buku yang terdapat didalam perpustakaan ini sehingga Januari 2008 ialah sebanyak 5000 buah. Koleksi - koleksi lain termasuklah
* CDRI
* Akhbar
* Majalah
* Jurnal
* Risalah
* Hasil kerja murid

Perpustakaan ini juga dilengkapi dengan sistem 'Automasi' atau dipanggil sistem ilmu. Sistem ini memberi kemudahan urusan pusat sumber dari segi pencarian maklumat dan mengemaskini bahan. Kemudahan kerusi, meja bacaan, sofa, televisyen dan penghawa dingin turut disediakan. Keadaan PSS yang bersi dan ceria memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna.

Koleksi rujukan
* buku - buku
* buletin
* kamus
* jurnal
* ensiklopedia
* keratan akhbar
* tafsir Al - Quran
* Risalah

Perkhidmatan disediakan

  • Koleksi buku - buku yang terdapat di pusat sumber ini merangkumi pelbagai bidang ilmu bahan bacaan yang bersesuaian dengan warga sekolah khususnya pendidikan.
  • kemudahan membuat pinjaman diberikan kepada pengguna. Pengguna boleh meminjam sebuah buku dalam tempoh seminggu. Pengguna boleh membuat pinjaman pada waktu rehat, waktu masuk perpustakaan atau selepas persekolahan.

Akhbar dan majalah

Pusat sumber ini menyediakan ruangan bacaan akhbar dan majalah.

  • Majalah Tunas Sains
  • Majalah Anis
  • Akhbar Utusan Malaysia
  • Akhbar Berita Harian
  • News Straits Times

Sumber - sumber tambahan

  • Laluan ilmu
  • Pondok Bacaan
  • Taman Akuatik
  • Taman Herba
  • Zon Informasi PSS

Program Peningkatan

  • Nilam
  • Bulan membaca
  • Pertandingan
  • Program Panitia
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template